Assalamualaikum.Untuk entry pada kali ini,saya akan bercerita tentang motosikal Yamaha Fz150i ataupun Yamaha Vixion di Indonesia.Yamaha Fz merupakan motosikal jenis 'naked' yang popular dimalaysia.Tidak banyak motosikal 'naked' di Malaysia yang bernadikan enjin 150CC,4 lejang.Hanya Suzuki Belang 150R.Yamaha Fz150i dikuasakan dengan enjin 150cc,4 valve dan menggunakan sistem SOHC,SOHC adalah singkatan SINGLE OVER HEAD CAM yg bermakna hanya satu Camshaft yang digunakan untuk mengoperasikan pemasaan buka dan tutup valve.Sistem SOHC banyak digunakan oleh motosikal di Malaysia.Hanya suzuki sahaja yang menggunakan Sistem DOHC untuk motosikal berkuasa 150cc kebawah.
Yamaha Fz merupakan motosikal yang pertaman di Malaysia yang menggunakan sistem suntikan bahan api iaitu "Fuel Injection'.Sistem ini adalah amat berkesan untuk memaksimumkan pengunaan bahan bakar secara efektif. Huruf 'i' dibelakang nama 'Yamaha Fz150i' itu membawa maksud 'injection'.Ianya tidak menggunakan sistem karburetor seperti motosikal lain.Motosikal ini juga menggunakan rangka yang berteknologi 'DELTABOX'.ia merupakan ciri untuk memastikan rangka motosikal itu mempunyai kestabilan yang tinngi dari segi cornering.Hanya Yamaha TZM yang mempunyai rangka sedemikian.
Selain daripada itu,motosikal ini hanya didatangkan dengan sistem electric starter which means no kickstarter.Takde bateri memang x hidup lah jawabnya,Ia juga mempunyai sistem penyejukan jenis cecair.Nak jalan jauh gerenti xde overheat.Tapi pada pendapat 50 SEN saya,enjin 4 lejang jarang nk overheat melainkan minyak itam xde,,,dan kalau anda perasan,blok enjin FZ takde sirip macam Blok EX5 dan yg sewaktu dengannya.Sirip tu membantu untuk mempercepatkan perlihan haba.Lagi sati,enjin liquid cooled ni kena jaga baik2.waterpump kena elok..oilseal waterpump kena tukar selalu pasal klau x tukar...jawabnya...bercampurlah coolant dengan minyak hitam..
YAMAHA FZ150i Second model.First model yang lampu bulat tu
Yamaha Fz versi terbaharu
Yamaha FZ keluaran Yamaha India.Dikenali sebagai R15.Adik Yamaha R25.Full fairing.Ada fairing ni jual dekat Malaysia..berinu jugak harganya nak convert.Tapi cunnnnn
Ha,,,adakah anda tau maksud 'FZ' tu,Fz bermaksud 'FAZER'.Ia merupakan nama untuk model motosikal keluaran Yamaha India.Anda boleh google sendiri...hahaha. Yamaha Fz ni mempunyai topspeed dalam lingkungan 135kmh..tapi sebenarnya saya penah test dengan Suzuki Panther..dia mampu untuk berlari sehingga 150kmh sebelum dia saya tinggalkan jauh di Highway Saujana Putra.tapi pikap mengancam.Motosikal ini juga jimat minyak yang amat.Dengan tangki bersaiz 12 liter.Memang mampu untuk ditunggang drp KL-KELANTAN dengan senang hati.Pada pendapat 50sen saya,moto ni memang sedap untuk ditunggang,Handling terbaik..pikap...laju tu biasajelah...nak laju ambik lah RXZ.Oklah..sebelum saya blah,ni adalah maklumat serba sedikit mengenai motosikal ini,sila tinggalkan komen anda ya..
Assalam.. Oilseal waterpump kena tukar stiap brape kilometer?
ReplyDeleteFz14 sya x dpt pun cecah 120kmh..
ReplyDeleteSya pn FZ14...naik berdua sya dpt 130kmh
DeleteFz sya dp cecah 130 naik berdua...kalau aingle rider dpt la 140 fz 2014
ReplyDelete